ADUN Bukit Melawati dapatkan penjelasan pelukis mural mencolok mata

Lukisan mural memaparkan tiga wanita berbaju tidur di dinding sebuah bangunan di Sungai Buloh Jeram, Kuala Selangor.
Lukisan mural memaparkan tiga wanita berbaju tidur di dinding sebuah bangunan di Sungai Buloh Jeram, Kuala Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak pelukis berhubung lukisan mural mencolok mata di dinding sebuah bangunan di Sungai Buloh Jeram, di sini.

Juwairiya berkata, beliau telah menerima banyak aduan berkenaan lukisan mural terbabit.

"Bagaimanapun, lukisan mural tersebut yang tidak manis dipandang masih dalam proses untuk disiapkan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penduduk setempat serta orang awam yang prihatin.

"Bersama kita menjaga keharmonian, tatasusila dan adab hidup bermasyarakat," katanya.

Sebelum ini tular lukisan mural tiga wanita berbogel di dinding bangunan di Sungai Buloh Jeram, di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, selepas mendapat pelbagai kecaman lukisan itu kemudian diubah dengan menukar mural wanita terbabit memakai baju tidur.

Justeru, orang ramai menggesa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang sengaja menimbulkan sensitiviti terhadap perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: