Dua lelaki cuba terjun bangunan ditahan

Anggota bomba menenangkan mangsa yang cuba terjun dari sebuah kedai di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, petang Isnin. - Foto Ihsan bomba
Anggota bomba menenangkan mangsa yang cuba terjun dari sebuah kedai di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, petang Isnin. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU- Polis telah menahan dua lelaki yang cuba terjun bangunan dalam dua kejadian berasingan di Larkin, petang Isnin.

Dalam kejadian pertama, seorang pengawal keselamatan mengalami cedera di muka ketika cuba terjun bangunan dari tingkat satu sebuah kedai di Taman Larkin Perdana, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kejadian itu disedari orang awam kira-kira jam 2.30 petang, sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

"Apabila sampai, kita dapati lelaki berusia 23 tahun itu cuba membunuh diri dan terjun dari bangunan.

"Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan mengalami kecederaan iaitu luka pada bahagian muka kerana terhantuk pada papan tanda semasa ingin turun ke bawah," katanya.

Polis menenangkan lelaki yang cuba terjun dari sebuah plaza di Taman Abad, Johor Bahru, petang Isnin. - Foto Ihsan bomba
Polis menenangkan lelaki yang cuba terjun dari sebuah plaza di Taman Abad, Johor Bahru, petang Isnin. - Foto Ihsan bomba

Jelasnya, lelaki berkenaan kemudiannya ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di sebuah plaza di Taman Abad, seorang tukang perabot berusia 32 tahun cuba terjun daripada tingkat tujuh.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kejadian itu disedari orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi polis pada jam 3.05 petang.

"Mangsa bagaimanapun membatalkan hasrat itu dan telah turun sendiri, sebelum ditahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.

Ujarnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.