PU Amin rayu pulangkan dompetnya

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pencetus Ummah (PU) Amin merayu sesiapa menjumpai dompetnya yang hilang agar menyerahkan semula kepadanya.

Menulis di laman Facebook, PU Amin berkata, dia menyedari kehilangan dompetnya pada jam 7.45 pagi tadi di tandas Petronas kawasan rawat dan rehat (RnR) Gambang arah ke Kuala Lumpur.

"Lepas sampai di Tol Karak saya sedar dompet tak ada dan saya patah balik ke Petronas RnR Gambang. Saya cari sudah tiada dalam bilik air tempat saya masuk sebelum ini.

"Puas cari guna bantuan staf Petronas untuk cari guna CCTV (kamera litar tertutup) masih juga tak jumpa kerana CCTV terhad. Maka saya merayu pada yang ambil dompet saya, awak ambillah semua duit dalam itu tapi tolong sangat-sangat pulangkan dompet dan kad-kad peribadi di dalamnya," katanya.

Penceramah itu berkata, semua kad yang berada di dalam dompet itu sangat penting kepadanya.

"Kad-kad itu kehidupan saya. Dalam itu ada IC (kad pengenalan) saya, isteri dan anak-anak, kad tauliah mengajar agama dan lain-lain," katanya.

Katanya lagi, mereka yang terjumpa dompet itu boleh menghubungi dirinya.

"Kalau anda lembut hati, terambil atau tersimpan dompet saya, saya merayu sekali lagi pulangkanlah. Hubungi saya 0193676648 atau poskan ke alamat No 19, Jalan Jelok Ria 1, Taman Jelok Ria, 43000 Kajang, Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: