Empat lelaki disyaki terlibat kes pukul, samun diberkas

Video tular memaparkan salah seorang suspek bertindak memecahkan cermin kereta.
Video tular memaparkan salah seorang suspek bertindak memecahkan cermin kereta.
A
A
A

KLANG - Polis menahan empat individu yang disyaki terlibat dalam kes samun dan memukul seorang lelaki lain di Klang Selatan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Klang Selatan pada jam 7 petang hingga 11 malam.

"Kesemua suspek tiada pekerjaan dan merupakan penagih dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pada Ahad, tular dua video berdurasi 0.26 dan 0.34 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya.

Shamsul Amar berkata, dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan untuk menghantar sepupunya dari Taman Sentosa ke Pelabuhan Klang.

"Tiba-tiba kereta yang dipandu mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki oleh empat lelaki," katanya.

Menurutnya, suspek memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu.

"Suspek turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.