X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki ugut, cekik pekerja kedai ditahan polis

A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai mengugut dan mencekik pekerja kedai selepas ditegur tidak memakai pelitup muka ditahan polis di Senawang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek ditahan kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan kes yang berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang.

" Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 22 tahun yang juga pekerja kedai pada jam 12.33 tengah hari Ahad.

"Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd. Said berkata, suspek akan di bawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

" Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)," katanya.

Pada Ahad tular video berdurasi lebih satu minit di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai baju putih telah memarahi mangsa (pekerja kedai) dan bertindak mencekik lehernya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!