Rujuk Wisma Putra sebelum bekerja di luar negara

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (kiri) menyambut empat daripada 47 warga Malaysia yang dibebaskan dari tahanan penjara di Kemboja sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini. - Foto Bernama
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (kiri) menyambut empat daripada 47 warga Malaysia yang dibebaskan dari tahanan penjara di Kemboja sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Wisma Putra bersedia memberi khidmat nasihat kepada rakyat Malaysia yang mendapat tawaran kerja di luar negara supaya tidak tertipu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang ditawarkan kerja di luar negara dinasihatkan untuk melakukan semakan dengan Kedutaan Malaysia di negara berkenaan sebelum menerima tawaran kerja itu.

"Kita boleh bantu melakukan semakan terhadap tawaran yang diberi,” katanya, supaya kejadian 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Kemboja akibat penipuan pekerjaan tidak berulang.

Beliau ditemui ketika menyambut kepulangan empat dari 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan pihak berkuasa Kemboja pada Jumaat lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Pembebasan mereka pada hari ke-65 ditahan tanpa bicara di Penjara Wilayah Banteay Mancheay di utara Phnom Penh itu adalah susulan rundingan antara kerajaan Malaysia-Kemboja, selain bersandarkan elemen kemanusiaan serta keutuhan hubungan kedua-dua negara.

Muhammad Shahrul Ikram bersyukur kesemua rakyat Malaysia dapat dibebaskan dan pulang ke tanah air.

"Apa yang penting semuanya telah selesai, " katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: