Orang muda beralih kepada 'bossku'

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad
A
A
A

SEMENYIH - Insiden yang menimpa Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman semalam sengaja disensasikan bagi meraih perhatian pengundi DUN Semenyih.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mendakwa , Syed Saddiq faham situasi sekarang dimana pengundi muda telah beralih sokongan, maka 'sesuatu' harus dilakukan.

"Syed Saddiq cari nahas ada laluan sendiri tapi lalu di kawasan penyokong BN, dan saya faham dia masih mentah dan baru belajar.

"Dia silap sekarang dia tidak popular orang muda sudah beralih arah kepada 'bossku' (Datuk Seri Najib Tun Razak) jadi dia cuba tarik perhatian dengan wujudkan bahawa dia diprovokasi dengan harapan pengundi muda terpengaruh, jadi saya fikir dia tak berjaya kerana orang muda masih ingat tentang janji PTPTN pada PRU14 lalu," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq cuba dikasari ketika penamaan calon

Beliau sebelum itu mengadakan kunjungan rumah ke rumah di DUN Semenyih.

Beliau berkata demikian mengulas insiden yang menimpa Syed Saddiq semalam.

Pada hari penamaan calon PRK DUN Semenyih, semalam berlaku insiden di mana Syed Saddiq mendakwa bahawa beliau telah 'diserang' oleh penyokong BN.

Artikel Berkaitan:

Dakwa Syed Saddiq bahawa beliau telah dicekak di bahagian leher oleh seorang individu.

Video kejadian itu kemudian tular di media sosial menunjukkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya di persimpangan lampu isyarat Persiaran Perdana, selepas selesai sesi penamaan calon bagi PRK Semenyih.

Kes ini telah dilanjutkan kepada pihak polis dan ia masih dalam siasatan.

Menganggap ini sebagai satu perang saraf PH, Saarani berkata, BN telah bersedia untuk mengempur PH pada PRK kali ini.

"Kita telah sediakan 'peluru', BN telah bersedia, jangan bimbang," katanya lagi.