Maidam agih bantuan lebih RM13 juta minggu depan

Osman
Osman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mengagihkan zakat sebanyak RM13,495,300 kepada 22,857 Ketua Isi Rumah (KIR) bermula minggu depan.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda berkata, pada tahun ini Maidam bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan zakat kerana memahami kesusahan yang dihadapi oleh asnaf dalam kegetiran ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya ketika ini.

"Oleh itu, kadar bantuan zakat dinaikkan daripada RM400 kepada RM500 bagi bilangan isi rumah tiga orang dan ke bawah termasuk KIR, manakala bagi isi rumah empat orang ke atas, kadarnya dinaikkan dari RM600 kepada RM700.

"Bayaran akan diagihkan dengan kaedah wang tersebut terus dimasukkan kepada akaun bank penerima dan berharap ia dapat meringankan sedikit bebanan yang dihadapi mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: