X

Kindly register in order to view this article
!

Budak 11 tahun cedera diserang anjing liar

Keadaan luka di kepala dan lengan Syauqina selepas diserang anjing dalam kejadian tersebut.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak cedera diserang anjing liar ketika berjalan pulang ke rumahnya dalam satu kejadian di Seksyen 2, Wangsa Maju pada petang Selasa.

Ibu mangsa, Norhafizah, 41, berkata, dalam kejadian itu, Syauqina Rifqa,11, dijemput datuknya di sekolah kira-kira jam 5.30 petang

Norhafizah berkata, ketika datuk Syauqina yang juga bapanya sedang parkir kenderaan, anjing liar berkenaan mengekori kanak-kanak itu yang turun daripada kereta lebih awal.

"Anjing itu kemudiannya cuba menyerang arnab peliharaan kami di dalam sangkar. Anak saya cuba pergi tengok keadaan arnab itu tetapi saya melarang kerana bimbang keselamatannya.

"Ketika itu, anak saya berada agak jauh dari sangkar arnab namun tiba-tiba anjing itu mengejar dan menerkamnya," katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.

Menceritakan lebih lanjut, Norhafizah berkata, selepas itu, dia dan suami kemudiannya menghalau anjing liar yang itu dengan menggunakan batang besi.

Menurut Norhafizah, Syauqina mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan kiri, betis kaki kanan dan belakang badan.

"Jiran kami telah membantu membawa anak saya mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dan dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Norhafizah berkata, banyak anjing liar di kawasan kediamannya yang boleh membahayakan keselamatan penduduk.

Ujar Norhafizah, suaminya juga akan membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan segera.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!