2 pekerja restoran dibawa lari sekumpulan lelaki

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pekerja restoran warga India dilarikan sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di pekan Brickfields, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas restoran terbabit didatangi 10 lelaki tempatan.

"Kumpulan terbabit kemudian menarik dua mangsa itu secara paksa dengan disaksikan beberapa pekerja restoran yang lain.

"Dipercayai tujuan kumpulan itu bagi mengambil semula pekerja (mangsa) itu yang telah melarikan diri daripada restoran di Pandamaran, Klang sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, salah seorang mangsa juga pernah membuat laporan polis pada 10 April lalu di Klang berkenaan majikan lamanya yang gagal membayar gaji.

Katanya, akibat daripada itu, kedua-dua mangsa melarikan diri dan menumpang di sebuah restoran di Brickfields.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: