Tidak perlu buat keputusan terburu-buru: Madius

Wilfred Madius Tangau
Wilfred Madius Tangau
A
A
A

KOTA KINABALU - Keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan parti lain atau sebaliknya tidak perlu dibuat secara terburu-buru.

Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, UPKO dan Parti Warisan Sabah (Warisan) bukan ahli Pakatan Harapan (PH).

"Warisan bukan ahli PH, kita (UPKO) pun bukan ahli PH. Sebab itu dahulu dikatakan Warisan Plus.

"Dalam mesyuarat Majlis Presiden, kita telah bersetuju supaya tidak ada lagi Warisan Plus tetapi kita adalah struktur baharu.

"Tetapi tidak ada keperluan untuk membuat keputusan dengan terburu-buru. Tiada keperluan dalam hal ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dan Warisan semakin tegang apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan baru-baru ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kenyataan bersama daripada tiga ahli Parlimen daripada Warisan mengulangi pendirian parti tidak mahu terburu-buru membuat perjanjian pilihan raya dengan parti politik atau gabungan lain semata-mata untuk mendapat jawatan.

PKR Sabah melalui kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Raymond Ahuar pula berkata, pihaknya sudah mengambil maklum berhubung keputusan Warisan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PH secara rasmi.

Artikel Berkaitan:

Kaanya, satu mesyuarat diadakan oleh PH Sabah untuk membincangkan hala tuju kerjasama PH dengan Warisan.