Uncle Kentang dakwa diugut bunuh

Paparan skrin kenyataan Chee Heng di laman sosial Facebook, miliknya.
Paparan skrin kenyataan Chee Heng di laman sosial Facebook, miliknya.
A
A
A

SEMENYIH - Calon Bebas, PRK DUN Semenyih, Kuan Chee Heng mendakwa beliau menerima ugutan bunuh dari seorang lelaki tidak dikenali kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Beliau yang dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, lelaki tersebut bukan sahaja mengugut dirinya malah mengugut mahu membunuh keluarganya juga.

Menurutnya, panggilan itu diterima ketika beliau sedang berada dalam sebuah pasaraya di Puchong.

“Saya terima panggila telefon dari nombor tak dikenali, berulang kali dia hubungi saya. Bila angkat, ada lelaki Cina kata nak bunuh saya, nak bunuh keluarga saya.

“Saya balas kata dia bodoh. Walaupun dia ugut sebegitu, dia sebenarnya memberi semangat kepada saya untuk bertanding. Saya tak gentar dengan ugutannya,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, sebentar tadi.

Tambah Chee Heng, beliau ada mengajak lelaki tersebut untuk berjumpa namun dia beri alasan ‘dia sibuk dan tidak sempat nak berjumpa saya’.

“Kalau nak cari saya bukannya susah pun, rumah saya sentiasa terbuka untuk beri bantuan. Bolehlah cari saya di sana,” ujarnya lagi.

Menurutnya, kemungkinan lelaki tersebut diupah untuk mengugutnya dan mungkin juga individu berkenaan kurang siuman.

Artikel Berkaitan:

“Esok mungkin saya akan buat laporan polis di Puchong tapi tak pasti lagi, mungkin orang itu kurang siuman,” katanya.