Rebut tiket percuma filem Spider-Man Into The Spider Verse

spider
spider
A
A
A

SPIDER-Man Into The Spider Verse, filem animasi pertama superhero Spider-Man yang bakal menemui penonton mulai 7 Disember 2018.

Semestinya filem adaptasi daripada komik Marvel ini ditunggu ramai peminat setia superhero yang sebelum ini begitu sinonim dengan Peter Parker.

Bagaimanapun, menerusi versi animasi ini, watak Spider-Man beralih kepada Miles Morales yang bakal meneruskan perjuangan Peter Parker selepas tokoh Spider-Man dibunuh Green Goblin.

Apa yang menariknya, Miles Morales merupakan seorang Afro-Amerika dan berasal dari Brooklyn. Miles Morales akan menjadi tokoh utama dalam filem ini di mana ia menunjukkan bagaimana Spider-Man berjuang dengan gayanya yang unik dan tersendiri.

Malah filem ini turut meneroka Spider-Verse, di mana lebih daripada seorang dapat memakai topeng superhero itu.

Bagi yang ingin menonton secara percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem ini menerusi Tayangan Eksklusif #WayangHibSinar Sinar Harian, boleh menyertai peraduan di bawah ini.

PERADUAN

Menangi tiket menonton filem Spider-Man Into The Spider Verse di WayangHibSinar Sinar Harian dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Artikel Berkaitan:

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Spider-Man Into The Spider Verse #SpiderVerse kerana:

............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 3 Disember 2018)

Spider-Man Into The Spider Verse

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Bob Persichetti, Peter Ramsey, Rodney Rothman

Pelakon: Shameik Moore, Hailee Steinfeld, Mahershala Ali, Jake Johnson, Live Schreiber

Genre: Animasi/aksi

Klasifikasi: U

Tayangan: 7 Disember 2018

Edaran: Sony Pictures Releasing International

Tarikh: 4 Disember 2018 (Selasa)

Masa: 8.30 Malam

Lokasi: TGV, 1Utama

** Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja.

(Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik)