Diskaun 70 peratus bayar saman JPJ

Ka Siong (duduk tengah) pada sidang media di kementeriannya Sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75.
Ka Siong (duduk tengah) pada sidang media di kementeriannya Sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75.
A
A
A

PUTRAJAYA - Diskaun 70 peratus ditawarkan bagi pembayaran saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Selasa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pemberian diskaun kepada orang ramai itu adalah selama dua bulan dan ia Sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75.

“Saman aktif ada 3.5 juta. Sempena Ulang Tahun JPJ ke-75 kita sekali lagi memberi peluang kepada mereka nak menjelaskan saman aktif ini.

“Pada hari ini saya isytiharkan potongan atau diskaun 70 peratus seperti yang pernah kita lakukan pada tahun lalu pada bulan kemerdekaan,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Isnin sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75.

Ka Siong menambah, beliau turut menggalakkan orang ramai membayar saman mereka menerusi dalam talian.

“Biasanya menjelaskan (saman) dalam talian tak banyak, itu pun saya rasa pelik. Mereka suka datang menjelaskan kompaun. Tidak tahu mengapa tapi kita galakkan mereka buat secara online.

“Ini memudahkan kerja kita dan tidak memudaratkan orang awam. Ia dapat elakkan kesesakan di kaunter,” katanya.

Dalam majlis sama juga, Ka Siong turut mengumumkan bidaan siri nombor pendaftaran kenderaan “FD” untuk Putrajaya yang bermula pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bidaan itu akan berlangsung selama lima hari iaitu bermula pada hari ini (Isnin) sehingga Jumaat jam 10 malam.

“Keputusan rasmi dari segi pembida-pembida yang berjaya akan diumumkan dalam tempoh 24 jam, setelah e-bidaan ditutup,” katanya.