Hadi mengelak ditemubual media

Abdul Hadi segera meninggalkan dewan dengan menaiki Nissan Xtrail.
Abdul Hadi segera meninggalkan dewan dengan menaiki Nissan Xtrail.
A
A
A

KEMAMAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengelakkan diri daripada ditemubual media bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Pas menandatangi surat tidak akan menyokong BN dalam PRK DUN Semenyih.

Ahli Parlimen Marang itu ditemui pada Program Ijtimak Siber 2019 Peringkat Kebangsaan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini, sebentar tadi.

Abdul Hadi yang tiba lebih kurang jam 4 petang menyempurnakan perasmian penutup program yang disertai lebih 2,000 peserta.

Bagaimanapun, sejurus program selesai, Abdul Hadi terus beredar keluar dewan dengan kawalan ketat beberapa individu berpakaian pengawal peribadi.

Abdul Hadi meninggalkan program dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Xtrail hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama Pas, UMNO kekal seperti sedia kala: Idris

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO percaya Pas, bukan Tun Mahathir

Abdul Hadi (tengah) hadir menyempurnakan majlis perasmian penutup Ijtimak Siber 2019 Peringkat Kebangsaan di Dewan Berlian MPK petang tadi.
Abdul Hadi (tengah) hadir menyempurnakan majlis perasmian penutup Ijtimak Siber 2019 Peringkat Kebangsaan di Dewan Berlian MPK petang tadi.

Artikel Berkaitan:

Dr Mahathir hari ini membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa Pas tidak akan memberi sokongan kepada BN dalam persaingan di PRK Dun Semenyih yang akan berlangsung 2 Mac depan.

Dr Mahathir berkata, pendirian Pas itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani sendiri oleh Abdul Hadi pada pertemuan yang berlangsung kira-kira 45 minit di Pejabat Perdana Menteri di Yayasan Al-Bukhari semalam.