Bazar Ramadan, Aidilfitri, Madinah Ramadan di Kelantan dibatalkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Penganjuran Madinah Ramadan, bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri Kelantan pada tahun ini dibatalkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, keputusan yang dibuat dua hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan sebagai ikhtiar bagi membendung penularan Covid-19.

“Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh Kelantan dibatalkan. Madinah Ramadan ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 berisiko rendah (PKRC).

“Ikhtiar demi membendung penularan Covid-19,” katanya di laman Facebook beliau pada Ahad.

Semalam, Kelantan merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian melibatkan 34 kes dari daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.

Kluster itu dikesan dari tempat kerja iaitu di sebuah institusi kewangan di Bandar Baru Kubang Kerian.

Kes indeks dikesan melalui saringan kes bergejala dan disahkan positif pada 7 April 2020 membabitkan 10 pekerja institusi kewangan tersebut dan menjangkiti ahli keluarga terdekat.

Pada hari sama, Kelantan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di seluruh negara selepas Sarawak dan Selangor dengan catatan kes harian Covid-19 berjumlah 171 kes.

Artikel Berkaitan: