X

Kindly register in order to view this article
!

Pengangguran, gaji permulaan rendah hanya sementara: MEF

Tahap gaji permulaan akan kembali kepada kadar pasaran yang kompetitif dan siswazah akan dapat menjangka gaji yang lebih tinggi berdasarkan prestasi dan produktiviti mereka selepas ekonomi pulih. Gambar kecil: Syed Hussain
A
A

KUALA LUMPUR - Isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman mengulangi kenyataan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bahawa situasi yang tidak menggalakkan berikutan persekitaran ekonomi yang amat mencabar pada masa ini disebabkan Covid-19 akan terkawal tidak lama lagi.

Beliau berkata, apabila ekonomi mula pulih dan stabil, tahap gaji permulaan akan kembali kepada kadar pasaran yang kompetitif dan siswazah akan dapat menjangka gaji yang lebih tinggi berdasarkan prestasi dan produktiviti mereka.

“Kami ingin menasihati siswazah untuk tidak terlalu bimbang dengan gaji permulaan yang rendah pada masa ini berikutan majikan menghargai pekerja berdasarkan prestasi yang baik dan produktiviti yang tinggi.

"Apabila pekerja mula memberi sumbangan dan mencatatkan prestasi, mereka akan diberi penghargaan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengalaman bekerja akan menjadikan siswazah itu lebih mudah dipasarkan dan mendapat pekerjaan.

Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia melalui pelbagai agensi termasuk HRDF dan Perkeso telah mengadakan banyak program untuk melengkapkan siswazah yang menganggur dengan kemahiran yang relevan.

“Program ini seperti E-Latih dirangka untuk mendorong pekerjaan dan benar-benar berkesan berikutan industri turut terlibat,” katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!