Rakaman audio: Zahid, Anwar belum buat laporan polis

Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
A
A
A

IPOH - Pihak polis masih belum menerima laporan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman audio perbualan telefon yang tular.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, malah sehingga Khamis, tiada sebarang laporan polis diterima daripada pegawai kedua-dua pemimpin parti politik itu seperti mana yang dimaklumkan menerusi media.

Menurutnya, jika laporan tersebut dibuat, pihak polis akan menjalankan siasatan seperti mana yang dijelaskan sebelum ini.

"Kalau Zahid kata dia tak ada buat 'conversation' itu, dia patut yakin dan dia buat laporan polis (tetapi) sampai semalam (Khamis) tak ada, dia tak buat pun laporan polis.

"Begitu juga Anwar, kalau dia yakin bukan dia yang bersuara, dia buat laporan polislah dan saya nak bagi tahu melakukan laporan polis dan laporan itu palsu adalah melakukan satu kesalahan.

"Jadi kalau dia rasa dia tak melakukan kesalahan, apa nak takut, buatlah laporan polis. Dia kata pegawai nak buat laporan polis, pegawai dia pun tak buat lagi, yang buat orang lain tapi pegawai dia tak ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun di sini pada Jumaat.

Hadir sama pada program itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar

Anwar nafi audio perbualan bersama Zahid

Sementara itu, mengenai dakwaan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bahawa beliau mengetahui individu yang membuat rakaman tersebut, Hamzah menafikan perkara berkenaan.

"Kenapa nak cabar saya untuk membuktikan, mana saya tahu siapa yang buat rakaman itu? Saya tak pernah kata pun saya tahu siapa buat rakaman?

"Kenapa saya kena buktikan rakaman itu betul ke tidak? Apa yang pasti sekiranya ada laporan kita akan disiasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hamzah pada Khamis dalam satu kenyataan memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Ahmad Zahid dan Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN: KDN siasat ketulenan dakwaan rakaman audio Zahid, Anwar