Rusuhan kuil:Tangguh ambil alih tapak kuil terjawab hari ini

Rusuhan kuil di Kuil Sri Maha Mariamman
Rusuhan kuil di Kuil Sri Maha Mariamman
A
A
A
SHAH ALAM - Kebenaran penganut Hindu untuk dapatkan kebenaran penangguhan pengambilan tapak kuil Sri Maha Mariamman oleh pemaju, One City Development Sdn Bhd terjawab hari ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam akan bersidang jam 9 pagi sebelum Hakim M Gunalan dijangka membuat keputusannya.

Pada 11 Mac 2014, berdasarkan penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi, empat pihak bersetuju menyerahkan kembali kepada pemiliknya.

Empat pihak tersebut adalah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil One City serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.

Dalam penghakiman persetujuan itu pemilik tanah, One City juga bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil.

Notis pengosongan tapak berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 September lalu.

AKAN MENYUSUL