Putera Mahkota Arab Saudi tunda lawatan

Saifuddin pada sidang media Majlis Perasmian Dewan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, hari ini.
Saifuddin pada sidang media Majlis Perasmian Dewan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kunjungan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman ke Malaysia yang dijadualkan Isnin ditunda kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata lawatan kerabat diraja Arab Saudi itu bagi membincangkan isu ekonomi dan pelaburan antara kedua-dua negara.

“Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Arab Saudi, Abdel Al Jubir menghubungi saya, menyatakan dukacita bahawa Putera Mahkota tidak dapat hadir ke Malaysia.

“Kebiasaannya apabila sesebuah negara terpaksa menunda kedatangan itu kita tidak persoalkan. Kita memahami tentu ada alasan yang munasabah untuk kedatangan itu ditunda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Dewan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar di sini, hari ini.

Bagaimana, menurutnya, Malaysia menganggap hubungan dua hala kedua-dua negara amat penting dan akan menunggu tarikh baharu pertemuan berkenaan.

Artikel Berkaitan: