Mayat bayi lelaki ditemui dalam kotak

Mayat bayi lelaki ditemui dalam kotak di belakang perhentian bas di kawasan Perindustrian Batu 22 Ijok di sini pada Rabu.
Mayat bayi lelaki ditemui dalam kotak di belakang perhentian bas di kawasan Perindustrian Batu 22 Ijok di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Mayat seorang bayi lelaki ditemui di dalam kotak di belakang perhentian bas di kawasan Perindustrian Batu 22 Ijok di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan polis menerima maklumat daripada panggilan kecemasan MERS 999 pada jam 10.35 pagi.

Menurutnya, bayi itu itu ditemui orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

"Punca sebenar kematian masih dalam siasatan pakar perubatan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sebelum itu tular di Facebook berhubung penemuan bayi itu oleh sekumpulan orang awam yang mengedarkan nasi lemak percuma berhampiran lokasi kejadian.

Status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Him Akmal memaklumkan, kejadian disedarinya selepas kira-kira 30 minit mengedar nasi lemak berkenaan.

"Sebenarnya, Him terdetik hendak tendang perlahan-perlahan kotak itu, tapi (di dalam hati) terdetik mesti ada sesuatu dalam kotak yang nampak cantik macam tidak pernah disentuh.

"Kemudian, Him cuba tolak kotak itu perlahan-lahan dan terasa berat seperti ada sesuatu dalam kotak.

Artikel Berkaitan:

"Him beranikan diri untuk bukak kotak itu dan ternampak beg di dalamnya sebelum melihat bonjolan bulat kain putih seakan-akan membentuk kepala," katanya.

Menurut Him Akmal, selepas itu dia tercium bau yang tidak menyenangkan sebelum ternampak semut menghurungi bungkusan terbabit.

"Memang Him dan rakan semua rasa tak sedap hati dan bila kami masing-masing bertanya sesama kami, naluri kami pada masa tu semua sudah mengagak ada mayat bayi (dalam bungkusan putih)," katanya.

Katanya, mereka mengambil keputusan untuk terus menghubungi balai polis berdekatan.

"Dalam beberapa minit kemudian pihak polis datang dan membuat siasatan.

"Selepas meneliti kotak dan beg itu, polis mengesahkan memang dalam bungkusan putih itu adalah bayi yang sudah tidak bernyawa," katanya.