Wujud jajaran politik baharu menjelang PRU15: PKR Johor

WEE TSE
WEE TSE
A
A
A

KULAI - [DIKEMASKINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik pada masa hadapan sekali gus membayangkan wujudnya jajaran politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusinya, Jimmy Puah Wee Tse berkata, jajaran politik baharu itu boleh dibentuk asalkan parti politik yang hendak bersama itu mempunyai asas perjuangan seperti PKR.

"Secara amnya, akan ada elemen, jajaran dan gabungan baharu menjelang PRU15 nanti. Dulu Pakatan Harapan (PH) lawan Barisan Nasional (BN) tetapi nampaknya keadaan itu akan berubah.

"Bagi PKR, kita tidak tolak mana-mana parti politik pada masa akan datang selagi asas perjuangan mereka sama dengan kita. Kita akur dengan apa juga ketetapan pimpinan pusat, namun buat masa sekarang tiada lagi arahan tentang jajaran politik baharu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar di Taman Tropika Kulai di sini pada Rabu.

Menurut Wee Tse, buat masa kini PKR Johor masih bersama PH yang dianggotai parti itu bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

"Yang pasti PKR Johor tiada akan bekerjasama dengan UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air.

"Buat masa ini fokus PKR Johor akan menguatkan jentera PRU15. PKR sudah melantik penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan DUN yang hendak ditandingi termasuk kerusi yang ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," katanya.

Artikel Berkaitan: