ECRL: MOT sedia kerjasama dengan kerajaan negeri

Wee Ka Siong -Foto Bernama
Wee Ka Siong -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri termasuk Selangor bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini dijajarkan semula ke laluan asal iaitu Jajaran Utara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya yakin kerjasama baik antara kedua-dua pihak akan diperoleh.

"Saya sangat yakin menteri besar dan pihak berkuasa negeri yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai profesional dan ahli politik akan memberi kerjasama penuh terhadap projek ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Nota Kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MOT pada Selasa.

Menurutnya, perbincangan telah dijalankan bersama kesemua negeri terlibat.

"Dengan Selangor, sebanyak 37 mesyuarat rundingan dengan 17 agensi telah diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang menyifatkan kerajaan Persekutuan sebagai pembuli besar.

Negeri itu dilapor tidak akan melakukan perolehan tanah untuk kerajaan Persekutuan jika bertegas mahu laksanakan Jajaran Utara.

Ka Siong berkata, sebarang keputusan yang dibuat Selangor di sebalik isu tersebut adalah bersifat politik.

Artikel Berkaitan:

"Terpulang saja kepada mereka untuk membuat keputusan politik ini. Bagi kami ini untuk kepentingan negara selain menjimatkan wang," katanya.

Pada Isnin, Ka Siong mengumumkan pelaksanaan semula Jajaran Utara turut memberi kelebihan kepada ECRL menjadi infrastruktur berdaya maju.

Ia bakal bakal menarik 5.03 juta penumpang dan membawa 26.12 juta tan kargo pada tahun pertama operasi.