'PH perlu lawan UMNO-Pas, bukan gaduh sesama sendiri'

Abdul Halim (dua dari kiri) menerima cenderahati selepas merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Cabang PKR Indera Mahkota di Hotel Mandurah, Pantai Beserah, Kuantan pada Ahad.
Abdul Halim (dua dari kiri) menerima cenderahati selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Cabang PKR Indera Mahkota di Hotel Mandurah, Pantai Beserah, Kuantan pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Semua anggota parti dalam Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak bertelagah sesama sendiri dalam usaha menentang UMNO dan Pas.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik berkata, sebarang pertelagahan sesama sendiri tidak membawa sebarang kebaikan, sebaliknya merugikan parti.

"Lawan kita adalah Pas dan UMNO. Kita kena lawan parti terbesar ini, itu fokus kita tapi jangan pula ada yang berlawan sesama kita.

"Jadi, sebab itu kita kena pastikan semua anggota parti bersatu dan memperkuat akar umbi supaya kita boleh kembali mentadbir negara," katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Cabang PKR Indera Mahkota di Hotel Mandurah, Pantai Beserah pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Lee Chean Chung.

Abdul Halim berkata, beliau tidak mahu sejarah berulang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila ramai pemimpin daripada gabungan PH berpaling tadah.

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Siapa yang jadi calon atau menang jangan lupa akar umbi yang bersusah payah turun padang demi kemenangan kita," katanya.

Sementara itu, Chean Chung berkata, perwakilan PKR Cabang Indera Mahkota sebulat suara meluluskan usul untuk mencalonkan pimpinan cabang supaya bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU15.

Artikel Berkaitan:

Katanya, usul itu diluluskan susulan dakwaan berlakunya pengkhianatan di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU14.

"Jadi, kita sepakat untuk meletakkan calon tempatan yang profesional, lama dan setia dengan parti serta mempunyai hubungan rapat dengan rakyat setempat," katanya.