Polis ambil tindakan pemilik akaun FB sebar berita palsu

Mior Faridalathrash. Gambar kecil: Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Mior Faridalathrash. Gambar kecil: Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

IPOH - Polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook 'Junaidah June' yang didapati menyebar berita palsu kematian seorang anggota polis di Gerik disebabkan komplikasi dos kedua vaksin Covid-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemilik akaun berkenaan melakukan perbuatan yang mendatangkan kegusaran terhadap masyarakat untuk menerima vaksin tersebut.

Beliau berkata, keluarga anggota polis terbabit, Koperal Rakmin Yusoff turut menerima kesan akibat daripada penyebaran berita palsu berkenaan.

"PDRM Perak mengesahkan bahawa kematian pegawai rendah polis yang ditularkan itu adalah tidak benar. Anggota berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Taiping kerana mengalami masalah jantung tersumbat.

"Keadaannya kini sedar sepenuhnya dan stabil. Anggota daripada daerah Gerik itu akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Mior Faridalathrash menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan kenyataan tanpa kesahihan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming ketika dihubungi turut menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita anggota polis meninggal dunia palsu

Artikel Berkaitan: