PRK Semenyih: Jentera Amanah diarah turun bantu calon PH

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

KLANG - Amanah mengarahkan jentera parti itu membantu kempen calon PH, Muhammad Aiman Zainali, bagi menghadapi PRK DUN Semenyih, 2 Mac ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, arahan itu meliputi jentera dari semua negeri dan mereka akan bekerja bersama-sama jentera parti komponen PH yang lain.

"Jentera sudah bersiap sedia untuk PRK DUN Semenyih dan semua parti komponen akan bekerja atas nama PH,” katanya selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Sungai Kandis dan Parlimen Kota Raja, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya jentera DAP, PKR dan Amanah akan memboikot kempen calon PH daripada Bersatu itu sebagai protes kepada tindakan parti berkenaan menerima masuk tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini.

Esok adalah hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 26 Februari ini dan hari mengundi 2 Mac ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: