Pemandu bas disyaki terlelap

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

IPOH - Polis menahan pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan sehingga menyebabkan 14 penumpang cedera di KM265 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu berusia 37 tahun itu disyaki terlelap seketika semasa memandu hingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas.

"Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.45 pagi berkaitan sebuah bas yang terbabas dan terbalik dalam longkang.

"Siasatan mendapati bas yang dipandu dari Kulim, Kedah menuju ke Kuala Lumpur itu membawa 14 penumpang termasuk tiga wanita serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 14 hingga 59 tahun," katanya di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 cedera bas ekspres terbalik

Beliau berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk menerima rawatan.

"Dua penumpang berusia 33 dan 40 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah di pinggang serta kepala, manakala yang lain cedera ringan.

"Semakan lanjut mendapati pemandu yang cedera ringan di kaki mempunyai 19 saman berkaitan kesalahan trafik sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamed Nordin berkata, lokasi kejadian merupakan jalan menurun bukit dan berselekoh.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan bahagian atas serta kiri bas remuk.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.