Ribuan peralatan menyelamat 'ditinggalkan' dalam Tham Luang

Lebih 3,000 tangki oksigen ditinggalkan dalam gua Tham Luang tersebut.
Lebih 3,000 tangki oksigen ditinggalkan dalam gua Tham Luang tersebut.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Gambar pertama menunjukkan longgokan peralatan operasi menyelamat di dalam gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai di mana kesemua 12 remaja pemain bola sepak bersama jurulatihnya terperangkap pada Jun lalu dikeluarkan pada Jumaat.

Foto dikeluarkan Jabatan Perhubungan Awam Chiang Mai yang diambil pada 17 Januari itu menunjukkan lebih 3,000 tangki oksigen dan kelengkapan menyelamat termasuk walkie talkie dan mesin pam ditinggalkan di gua tersebut selepas misi dramatik itu berakhir pada Julai lalu.

Lawatan pertama sejak gua itu ditutup pada Ogos tahun lalu turut disertai tentera laut, pegawai taman negara, pasukan penyelamat dan penyelam warga Britain, Vernon Unsworth.

Mereka melakukan tinjauan di kawasan lebih 2 kilometer di dalam gua tersebut dan mereka tidak dapat pergi lebih jauh kerana terhalang dengan paras air yang tinggi selain pasir tebal.

Kini, pelawat boleh kembali berkunjung ke gua terbabit walaupun kawasan sekitar akan ditutup sehingga Selasa depan untuk membolehkan kesemua peralatan itu dibawa keluar. - The Nation/ Asia News Network

Artikel Berkaitan: