Ibu, bayi 14 hari maut kemalangan

Seorang wanita bersama bayinya maut manakala suami dan seorang lagi anak mereka cedera dalam kemalangan di Jalan Ampang pada Khamis.
Gambar kanan: Kereta yang dinaiki empat beranak ini hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian di Jalan Ampang pada Khamis.
Seorang wanita bersama bayinya maut manakala suami dan seorang lagi anak mereka cedera dalam kemalangan di Jalan Ampang pada Khamis. Gambar kanan: Kereta yang dinaiki empat beranak ini hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian di Jalan Ampang pada Khamis.
A
A
A

AMPANG - Seorang wanita bersama bayinya maut manakala suami dan seorang lagi anak mereka cedera dalam kemalangan di Jalan Ampang, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam apabila kenderaan yang dinaiki empat beranak itu dari arah Ampang menghala ke Lembah Jaya hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan dan masuk ke arah bertentangan.

"Siasatan dijalankan mendapati kenderaan jenis Proton Saga tersebut dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun. Penumpang kereta iaitu isteri pemandu terbabit yang merupakan warga Indonesia tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, seorang anak pasangan tersebut iaitu seorang bayi perempuan berusia 14 hari cedera parah dan telah disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

"Seorang lagi kanak-kanak lelaki berumur empat tahun cedera parah dan pemandu tersebut mengalami cedera ringan serta sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang," katanya.

Katanya, saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: