Tiket Dayang Dua Dekad Sold Out

Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah
A
A
A

PENYANYI Dayang Nurfaizah melahirkan rasa syukur kerana tiket konsertnya Dayang Dua Dekad yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 21 Julai depan dilaporkan telah habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam.

“Saya amat bersyukur dan gembira dengan sambutan yang diterima. Terima kasih kepada semua peminat-peminat yang sejak 20 tahun lalu kekal setia mendokong Dayang dalam industri ini.

No Image Caption

“Dayang amat teruja menantikan malam tersebut dan akan memberikan yang terbaik kepada semua peminat-peminat,” ujar Dayang kepada Awani.

Untuk konsert satu malam itu sahaja, sejumlah 1,400 tiket ditawarkan bermula dari harga RM125 hingga RM695.

Artikel Berkaitan: