UMNO masih boleh kerjasama dengan PN hingga PRU15

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim
A
A
A

PETALING JAYA - UMNO masih boleh terus bekerjasama dengan semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO pada Ahad lalu menyatakan hubungan dengan PN hanya akan diputuskan apabila PRU berlaku.

“Saya dimaklumkan bahawa kita akan terus bekerjasama dengan semua parti Perikatan Nasional. Apapun keputusan UMNO ialah semasa PRU15. Bukannya sekarang.

“Kita masih berkawan, kita akan tetap bersama. Mana-mana pihak tidak boleh menentang sebab UMNO sendiri mahu kita sokong kerajaan PN sampai pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis turut mencadangkan agar UMNO dapat berunding semula bersama PN.

Katanya, ini kerana, peluang untuk memenangi kerusi di pilihan raya adalah lebih besar.

“Saya minta perkataan menolak itu diganti dengan berunding bersama PN. Supaya bila UMNO bertanding, parti dalam PN tidak bertanding. Bila PN bertanding, UMNO tidak bertanding.InsyaALLAH kita menang.

“Yang menang ini kena jaga, kalau kita robek kita rugi. Saya bukan nak cari kesempatan sokongan, saya mahu tegakkan persahabatan asas politik,” katanya.

Artikel Berkaitan: