Pengurus majlis, pembantu Neelofa hadir beri keterangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri yang merupakan pengasas dan pemilik syarikat yang bertanggungjawab menguruskan majlis pernikahan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Selasa.

Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz hadir kira-kira jam 11.40 pagi dan keluar selepas hampir dua jam dirakam keterangan.

Selain itu, turut hadir adalah pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Kharuddin di IPD Dang Wangi.

Pada Isnin, polis memanggil pengurus majlis pernikahan Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya juga akan memanggil beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel untuk memberi keterangan.

Pada Sabtu, media melaporkan Neelofa selamat diijabkabulkan dengan pendakwah bebas, yang lebih dikenali sebagai PU Riz di hotel terkemuka di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun tular satu gambar tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus acara majlis pernikahan Neelofa dipanggil bantu siasatan

Dakwaan langgar SOP: Keluarga selebriti beri keterangan

Polis siasat dakwaan majlis pernikahan Neelofa langgar SOP