'Menteri, timbalan menteri sepakat berkhidmat kepada rakyat'

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM- Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua menteri dan timbalan mencapai kata sepakat untuk bersama dan terus berkhidmat kepada rakyat.

Menurut beliau, kini adalah masa untuk memberi tumpuan sepenuh hati pada agenda membela rakyat.

“Politik berpada-pada. Provokasi tak perlu menjadikan kita gundah gulana, sekarang kerja rakyat tumpuan utama kita.

“Semua menteri dan timbalan mencapai sepakat untuk bersama dan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya di Facebook pada Selasa.

Pada petang Isnin, menteri UMNO difahamkan hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Pertemuan tersebut berkemungkinan diadakan susulan desakan segelintir pemimpin UMNO yang meminta menteri dan timbalan menteri daripada parti itu dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletak jawatan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Ahad memberi tempoh hingga Ogos ini untuk kerajaan PN membubarkan Parlimen dan jika tidak, seluruh ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan kepada PN.

Mengulas lanjut Annuar berkata, keputusan telah pun dicapai dan keletihan selepas selesai PAU masih terasa.

Artikel Berkaitan:

“Semangat semakin membara kerana masa depan parti tercinta belum terjamin sepenuhnya. UMNO wajib cemerlang bersama parti sahabat bila PRU15 tiba,” ujar Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.