Himpunan Tuntut Undi 18: Sembilan individu beri keterangan

Howard Lee pada sidang akhbar yang diadakan di hadapan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Selasa.
Howard Lee pada sidang akhbar yang diadakan di hadapan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sembilan individu hadir untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Tuntut Undi 18 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini pada Selasa.

Antara yang dilihat hadir adalah Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Nasional, Howard Lee Chuan How, pimpinan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta beberapa pimpinan politik daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah).

Howard Lee berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis.

"Namun, apa yang kita kesalkan adalah mengapa yang menghadiri serta menuntut Undi 18 ini yang disiasat, sepatutnya siasat mengapa Undi 18 ini tidak dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di hadapan IPD Dang Wangi di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan: