KBS peruntuk RM20 juta sukan Kelantan

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membangunkan infra sukan di Kelantan dengan membina padang bola sepak sintetik dan menaik taraf stadium Sultan Muhammad IV.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia melibatkan peruntukan antara RM20 juta hingga RM25 juta.

"Satu lagi padang bola sepak sintetik akan dibina dan naik taraf stadium Sultan Muhammad IV serta beberapa lagi termasuk padang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

"Pagi tadi (semalam) saya ada bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan beliau meminta baiki kerusi Stadium Sultan Muhammad IV. Perkara itu saya titikberatkan kerana stadium ini tempat ikonik untuk pelancongan sukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan padang bola sepak sintetik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, di sini, hari ini. Padang bola sepak sintetik tersebut satu-satunya dibina di Kelantan pada pertengahan 2017.

Menurutnya, hasratnya mahu membina lebih banyak padang bola sepak sintetik khususnya di Kelantan kerana tidak mahu mengasingkan pembangunan infra sukan di negeri pembangkang.

"Saya dah sampaikan mesej ini ini kepada Menteri Besar Kelantan. Kita nak pastikan pengagihan dan pembangunan infra sukan dapat dilakukan seadilnya," katanya.

Artikel Berkaitan: