Harga petrol naik 1 sen, diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menetapkan harga petrol naik 1 sen, manakala harga diesel kekal, bermula tengah malam ini sehingga 22 Februari depan.

Harga RON95 akan dijual pada harga RM1.98 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.28 seliter.

Kedua-dua harga bahan api itu naik sebanyak 1 sen daripada kadar harga minggu lalu.

Diesel kekal dengan harga RM2.18 sen seliter bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Kementerian Kewangan minggu lalu, mengumumkan harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 naik 4 sen seliter, manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 sen seliter.

Kerajaan kembali melaksanakan sistem apungan harga minyak secara mingguan pada awal bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga runcit RON95, RON97 naik 4 sen

Artikel Berkaitan: