Pengurus acara majlis pernikahan Neelofa dipanggil bantu siasatan

Gambar yang tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Gambar yang tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil pengurus majlis pernikahan selebriti popular Noor Neelofa Mohd Noor dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya juga akan memanggil beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel untuk memberi keterangan.

"Kita sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini dijangka pengurus acara majlis berkenaan tampil untuk memberi keterangan manakala saksi lain akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Chow Kit pada Isnin.

Mohamad Zainal berkata, orang ramai diminta tidak salah faham berhubung kompaun terhadap kesalahan melanggar SOP.

"Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tindakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Pada Sabtu, media melaporkan Noor Neelofa atau popular sebagai Neelofa selamat diijabkabulkan dengan pendakwah bebas, yang lebih dikenali sebagai PU Riz, di hotel terkemuka di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun tular satu gambar tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan: