X

Kindly register in order to view this article
!

Tun Faisal persoal tindakan gantung keahlian enam tahun

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin parti itu yang menggantung keahliannya selama enam tahun.

Beliau turut menyoal sejauh manakah seriusnya kesalahan yang dilakukan dan berhasrat membuat rayuan berhubung tindakan itu.

"Kenapa sampai enam tahun, macam pelik sangat. Datuk Lokman Noor Adam (bekas Ahli Majlis Tertinggi) pun kena tiga tahun sahaja, selepas itu dibuang.

“Ada yang digantung atas kesalahan lebih berat termasuk terlibat politik wang tetapi hanya dikenakan tindakan gantung tak sampai enam tahun. Saya sendiri pun tak ada jawapan kenapa lama sangat,” katanya ketika sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sewajarnya meneliti hujah beliau terlebih dahulu dan bukan hanya tertakluk kepada Laporan Lembaga Disiplin.

“Saya rasa ia ada kaitan untuk memberi sedikit peringatan kepada ahli lain supaya tidak melawan parti. Saya rasa apabila tindakan dilakukan ketika PAU (Perhimpunan Agung UMNO 2020) ia cuba beri gambaran supaya ada ramai ambil perhatian,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keahlian Tun Faisal dalam UMNO digantung

Dalam pada itu beliau turut mendakwa wujud kecacatan dalam penelitian terhadap kenyataan dan ia di luar konteks sebenar.

"Konteks aduan ada kecacatan, motif pengadu banyak kecacatan. Ketika MKT membuat keputusan pengadu itu hanya mengesahkan keputusan dibuat pada 8 Mac. Ketika itu lembaga disiplin tidak maklum secara terus.

“Sebagai ahli saya berhak merayu. Saya percaya keputusan dibuat ada kekhilafan. Fakta kes tidak diteliti secara terperinci," katanya.

Menyentuh mengenai kenyataan beliau sebelum ini, Tun Faisal berkata, ia berkisar kepada cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bukannya kritikan.

"Saya beri contoh Timbalan Presiden, Ketua Pemuda pernah desak Presiden berehat. Apabila Presiden ambil pandangan itu imej beliau lebih baik, kita menang PRK berturut turut.

“Aduan kes saya ini dibuat oleh bahagian saya sendiri (Putrajaya). Ini motif berkaitan pemangkuan jawatan jika Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Ketua UMNO Bahagian Putrajaya) didapati bersalah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!