Doktor mabuk lakukan pembedahan Caesarean

Seorang doktor di Gujarat melakukan pembedahan Caesarean dalam keadaan mabuk. - Gambar Hiasan (Foto Parents Magazine)
Seorang doktor di Gujarat melakukan pembedahan Caesarean dalam keadaan mabuk. - Gambar Hiasan (Foto Parents Magazine)
A
A
A

GUJARAT - INDIA. Pihak polis India menahan seorang doktor di Gujarat yang dipercayai melakukan pembedahan Caesarean ke atas seorang wanita hamil ketika dalam keadaan mabuk.

Kamini Chachi yang sakit hendak bersalin dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan pada Isnin lalu, namun selepas beberapa jam, keluarga mangsa diberitahu bahawa bayi Kamini telah meninggal dunia, manakala wanita itu mengalami pendarahan teruk.

Ahli keluarga Kamini kemudian mengambil keputusan untuk memindahkannya ke sebuah hospital swasta, namun mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Dalam satu kenyataan kepada media, pihak polis berkata, Dr Lakhani menghubungi pihaknya kerana bimbang diserang keluarga mangsa setelah mengetahui tentang kematian itu.

"Ketika tiba di hospital, kami mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk, dan kami menahannya," kata seorang anggota polis.

Ujian 'breathalyser' terhadap doktor senior berkenaan mengesahkan beliau mabuk.

Ekoran kejadian itu, pihak Hospital Sonavala dilaporkan turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca kematian mangsa dan bayinya. - BBC

Artikel Berkaitan: