X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan teliti kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri

Muhyiddin - Foto Bernama
A
A

MUAR - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan meneliti mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri sempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan Mei depan sama ada dibenarkan atau sebaliknya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat selepas data berkaitan kebenaran rentas negeri dianalisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

"Kerajaan masih belum dapat memberi jawapan berhubung kebenaran rentas negeri ini.

"Kita akan teliti dan diumumkan apabila tiba masanya nanti," katanya ketika bersarapan bersama masyarakat di Warung Noorizwan, Felcra Bukit Kepong, Pagoh pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah membentangkan enam petunjuk bagi menentukan masa sesuai untuk kebenaran rentas negeri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, enam petunjuk berkenaan adalah situasi kes positif harian, kes sembuh dan discaj, trend serta kadar kes kebolehjangkitan, kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU), situasi semasa petugas kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM bentang enam petunjuk rentas negeri: Dr Adham

Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir memulakan lawatan dengan berkunjung ke Industri Kecil dan Sederhana (IKS) FN Maju Enterprise di Jalan Anggerik.

Muhyiddin kemudian bersarapan bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong di Warung Noorizwan disusuli ziarah prihatin warga emas di Kampung Paya Ronggang, Liang Batu.

Beliau dijadual menghadiri beberapa majlis lain antaranya majlis penyampaian sumbangan Back To School Parlimen Pagoh dan DUN Gambir serta pelancaran Pagoh Special Economic Zone.

Program rasmi Perdana Menteri dijadualkan berakhir dengan ziarah prihatin warga emas bagi masyarakat Cina di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bukit Pasir dan sembang santai bersama masyarakat Mukim Sungai Terap di Bukit Pasir.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!