X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Ibrahimovic tak tunggu lama cetus impak positif

Zlatan Ibrahimovic
A
A

PENYERANG veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic mengakui cukup teruja apabila kembali menyarung jersi Sweden ketika berdepan Georgia pada aksi pembukaan Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2022.

Penampilan semula Ibrahimovic di pentas antarabangsa selepas hampir lima tahun ternyata memberi impak positif buat Sweden apabila meraih kemenangan 1-0 pada aksi di Friends Arena, Stockholm itu.

“Terasa seperti saya baru kali pertama beraksi dengan Sweden. Ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila dapat kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Ia terasa cukup hebat seperti kali pertama saya beraksi pada kejohanan antarabangsa. Saya mahu berterima kasih kepada jurulatih atas kepercayaan yang diberikan ini,” katanya.

Biarpun tidak menyumbang gol dalam penampilan ‘sulung’ itu, Ibrahimovic menjadi watak utama di sebalik kejayaan Sweden memperoleh gol kemenangan hasil jaringan Viktor Claesson pada minit ke-35.

Ibrahimovic, 39, kini membuat penampilan kali ke-117 buat Sweden selepas kali terakhir dia menggegar pentas antarabangsa pada Euro 2016.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!