Mahkamah keluar waran tangkap terhadap pengasas Sugarbook

Chan Eu Boon, 34, (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menggunakan laman web yang menyiarkan hantaran bertajuk 'Top 10 Sugar Baby University In Malaysia', sehingga menimbulkan kegentaran awam,pada 24 Februari lalu.
Chan Eu Boon, 34, (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menggunakan laman web yang menyiarkan hantaran bertajuk 'Top 10 Sugar Baby University In Malaysia', sehingga menimbulkan kegentaran awam,pada 24 Februari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes dan penyerahan dokumen hari ini tanpa sebarang sebab.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari, setelah Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asnaf Anuar Sharuddin memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh.

“Tertuduh (Chan), peguam bela serta penjamin tidak hadir dan saya memohon agar waran tangkap dikeluarkan,” kata Aliff Asnaf.

Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan waran tangkap tersebut dan untuk tertuduh menyatakan sebab tidak hadir prosiding pada Jumaat.

Pada 24 Februari lalu, Eu Boon didakwa melakukan kesalahan menyiarkan hantaran menyebabkan ketakutan dan kegentaran orang awam dengan menggunakan sebuah laman web bagi menyiarkan satu hantaran bertajuk 'Top 10 sugar baby universiti in Malaysia’, pada kira-kira jam10 pagi, 10 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama iaitu penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: