Ketua Balai Bukit Tinggi terima penghargaan selamatkan gadis

Maznan menerima sijil penghargaan disampaikan Wan Rosdy dan disaksikan Abd Jalil pada Majlis Memperingati Hari Polis Ke-214 Peringkat Kontinjen Pahang pada Khamis.
Maznan menerima sijil penghargaan disampaikan Wan Rosdy dan disaksikan Abd Jalil pada Majlis Memperingati Hari Polis Ke-214 Peringkat Kontinjen Pahang pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Ketua Polis Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar, 57, menerima penghargaan Ketua Polis Pahang berikutan tindakan pantasnya menyelamatkan gadis berusia 16 tahun yang cuba terjun dari jambatan di Bukit Tinggi, Bentong pada 16 Mac lalu.

Penghargaan itu disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Memperingati Hari Polis Ke-214 Peringkat Kontinjen Pahang di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dan timbalannya, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri serta Timbalan Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zakaria Ibrahim.

Selain sijil penghargaan, Maznan turut membawa pulang wang tunai RM1,000.

Keberanian pegawai polis kelahiran Machang, Kelantan itu turut mendapat penghargaan Wan Rosdy apabila beliau berbesar hati menyumbang RM1,000 sebagai hadiah atas bakti yang disumbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis halang gadis cuba terjun jejambat

Maznan antara 75 pegawai dan anggota polis menerima sijil penghargaan dan kepujian yang diraikan dalam majlis tersebut.

'Aksi' Maznan menyelamatkan gadis berkenaan mendapat reaksi positif netizen selepas rakaman video kejadian itu tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

Atas tindakan itu, beliau turut mendapat penghargaan daripada Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Pahang baru-baru ini.

Dalam temubual bersama Sinar Harian sebelum ini, beliau mengakui pengalaman seumpama itu pertama kali dilalui sepanjang 35 tahun bertugas sebagai anggota polis.

Katanya, pengalaman itu tidak akan dilupakan dan menjadi satu sejarah dalam hidupnya.