Polis terus pergiat operasi pematuhan SOP Covid-19

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, operasi pematuhan itu dilakukan dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19 di negara ini.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi SOP berhubung penganjuran majlis sosial termasuk program seperti seminar, ceramah, kursus dan lain-lain dalam tempoh pandemik.

"Pelaksanaan SOP bagi tujuan tersebut adalah berbeza mengikut status satu-satu negeri sama ada dalam PKPB, PKPP dan PKPD di mana tumpuan diberikan kepada aspek penjarakan fizikal serta keluasan sesuatu premis," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Abdul Hamid berkata, orang ramai juga diingatkan supaya mengimbas QR aplikasi My Sejahtera atau merekodkan nama dan nombor telefon pada buku log disediakan di setiap premis yang dikunjungi.

"Ini bertujuan untuk mengesan pergerakan individu dan kontak rapat dengan individu lain sekiranya berlaku kes positif Covid-19 di sesebuah premis.

"Bagi pemeriksaan suhu pula, ia hanya perlu dilakukan sekali sahaja jika berada di premis atau bangunan yang sama seperti kompleks beli-belah," katanya.

Artikel Berkaitan: