Tindakan tegas akan diambil jika cuai

Prolintas menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya bersama pasukan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan memberi kerjasama penuh dalam mengenal pasti punca kejadian sebenar.
Prolintas menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya bersama pasukan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan memberi kerjasama penuh dalam mengenal pasti punca kejadian sebenar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan mengambil tindakan tegas jika didapati ada elemen kecuaian selepas siasatan dijalankan melibatkan kejadian di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.

Prolintas menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, pihaknya bersama pasukan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan memberi kerjasama penuh mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Kenyataan itu turut menyebut, tindakan susulan yang bakal diambil bergantung kepada hasil siasatan pihak berkuasa.

"Ahli pengurusan dan Lembaga Pengarah Kumpulan Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan. Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit jika didapati ada elemen kecuaian selepas siasatan dijalankan," kata kenyataan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memastikan kebajikan dan keadaan mangsa serta keluarga yang terlibat diberi perhatian yang sewajarnya.

"Pihak pengurusan dan pasukan projek SUKE bersama pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pasukan Bomba, Polis Diraja Malaysia serta jurutera perunding sedang bertungkus-lumus untuk memastikan proses menyelamat, pengalihan dan pembaikan di tapak kejadian dijalankan dengan sempurna dan selamat.

"Semua pihak sedang berusaha sedaya-upaya memastikan keselamatan penduduk, pengguna jalan raya serta pekerja di sekitar kawasan tapak pembinaan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, proses yang rumit itu akan mengambil masa bagi memastikan aspek keselamatan dipenuhi.

Artikel Berkaitan:

"Kami memohon maaf atas kesulitan itu dan mengalu-alukan komen, pandangan dan kritikan daripada pelbagai pihak berkaitan insiden yang berlaku sebelum ini dan semalam.

"Bagaimanapun, komen yang berunsur hasutan, serangan peribadi dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan serta mencela ketika ini tidak akan membantu keadaan dan amat dikesali," katanya.

Dalam kejadian pada Isnin, tiga individu maut dan seorang lelaki cedera parah apabila struktur besi kren launcher terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras pada Isnin.