Belia D'Manis ajur gotong royong bersihkan Pantai Remis

Maini gembira kanak-kanak turut serta bergotong-royong membersihkan pantai.
Maini gembira kanak-kanak turut serta bergotong-royong membersihkan pantai.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pertubuhan Belia D'Manis menganjurkan program gotong-royong untuk membersihkan kawasan Pantai Remis, Jeram, di sini pada Ahad.

Pengerusinya, Datin Maini Jali berkata, seramai 80 sukarelawan dalam kalangan belia Kampung Api-Api di sini dan sekitarnya menyertai program amal tersebut.

Menurutnya, pertubuhan itu mengambil langkah proaktif dengan penganjuran program tersebut bersempena Sambutan Hari Bumi Sedunia (World Earth Day) yang akan disambut April depan.

"Apa yang cuba kita lakukan ialah memupuk kesedaran orang ramai agar mencintai alam.

"Kita bersyukur kerana Tuhan menganugerahkan pantai yang cantik untuk beriadah," katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, Maini berkata, pihak kerajaan membina tembok batu di sini bagi menghalang hakisan dan memberi keselesaan kepada pengunjung yang sebahagian besarnya beriadah bersama keluarga.

Bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang tidak peka dan membuang sampah merata-rata di kawasan pantai tersebut.

"Kalau perkara ini tidak dibendung, kita bimbang pelancong dan pengunjung akan menjauhi kawasan pantai ini," katanya.

Artikel Berkaitan: