Kementerian kaji isu kawal seliaan institusi swasta secara berlebihan

Maszlee Malik
Maszlee Malik
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kementerian sedang mengkaji isu kawal seliaan institusi pengajian tinggi swasta secara berlebihan yang berlarutan sekian lama.

Beliau berkata, dalam menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti, peranan yang lebih penting ialah meningkatkan autonomi dan kebertanggungjawaban sekolah dan institusi.

"Falsafahnya ialah sekolah, kolej, universiti, daerah dan negeri akan memahami keperluan mereka sendiri, kekuatan dan kelemahan yang terbaik," kata beliau ketika berucap pada Dialog Terbuka mengenai Pendidikan Malaysia yang dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini.

Turut hadir pengerusi ASLI, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Maszlee berkata, kerajaan kini beralih ke arah kesamaan berasaskan kebertanggungjawaban dan dalam hubungan ini, sekolah dan institusi akan diperkasakan dengan kemahiran dan alat yang diperlukan untuk membuat keputusan terbaik berdasarkan konteks mereka sendiri. - Bernama

Artikel Berkaitan: