X

Kindly register in order to view this article
!

Dua beranak lemas, kereta terjunam masuk tasik

Lokasi di mana kejadian kemalangan membabitkan sebuah kenderaan tenggelam dalam Tasik Serdang pada Ahad.
A
A

SERDANG - Dua beranak termasuk ibu dan seorang anak perempuan ditemukan lemas apabila kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam Tasik Serdang dalam kejadian kira-kira 6.30 petang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, kedua-dua mangsa berusia 60-an dan 20-an itu berjaya ditemui dan dinaikkan lebih kurang jam 8.45 malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan bergerak ke hadapan dan tenggelam.

"Pada jam sekitar 6.30 petang tadi, polis menerima maklumat kemalangan mengatakan satu kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta telah terbabas memasuki Tasik Serdang dan terdapat mangsa di dalamnya.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berpunca apabila tiba di kawasan tempat letak kereta tidak berkotak berhadapan Tasik Serdang, salah seorang mangsa dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta bergerak ke hadapan.

"Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan dan lemas,"katanya.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat turut membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan Selama serta Pasukan Penyelamat Di Air Sungai Petani.

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!