Tunku Azizah terseliuh kaki ketika main golf

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengalami kecederaan di kaki ketika bermain golf pada pagi Ahad.
Seri Paduka Baginda berkongsi mengenai insiden itu di laman Instagram dengan memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan.
“Pagi tadi saya main golf, tak perasan lubang sprinkler dan saya jatuh terseliuh kaki kiri..... Alhamdulillah hanya bengkak.
“Hari Selasa saya akan buat MRI (Pengimejan Resonans Magnetik). Terima kasih kerana ramai yang mendoakan, nak sangat jadi golf champion!.
“Syukur pergelangan kaki tak patah,hanya sakit bisa je,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat 48,686 tanda suka dengan lebih 2,000 komen yang mendoakan Tunku Azizah segera sembuh agar dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -DKU Negeri Sembilan mohon komital terhadap MB, 10 Exco dan enam lain
19 Oktober 2026 01:28pmJPJ KL kutip RM376,091 menerusi lelongan kenderaan sita di platform digital
19 Oktober 2026 12:58pmIndividu menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, tipu urusan tanah, kereta mewah
19 Oktober 2026 12:42pmBapa jemput anak pulang kerja, 'perjalanan terakhir' dua beranak dihempap kontena
19 Oktober 2026 12:38pmAbbe Hae, 15 individu 'bermalam' di lokap selepas hadir ke IPD Kota Bharu
18 Oktober 2026 03:12pmSuami orang maut gara-gara berebut janda
19 Oktober 2026 08:20amMPV dinaiki dua beranak dihempap kontena dalam kejadian di kawasan Jalan Sepanggar pada petang Ahad.Dua beranak maut MPV dihempap kontena
19 Oktober 2026 08:02amPolis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan Rohingya
18 Oktober 2026 03:38pm- Iklan -- Iklan -
