X

Kindly register in order to view this article
!

SPP boleh selesaikan isu kartel PDRM, kata Takiyuddin

Takiyuddin Hassan - Foto Bernama
A
A

KOTA BHARU - Tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mendedahkan wujudnya gerakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu menjatuhkannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana PDRM sudah mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang boleh menyelesaikan isu tersebut sebaik mungkin.

“Saya rasa tidak timbul isu itu, sebagaimana yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, itu masalah dalaman yang boleh dikendalikan oleh SPP.

“SPP ini dipengerusikan oleh Menteri KDN dan Ketua Polis Negara pun ada dalam suruhanjaya berkenaan. Saya rasa tidak ada masalah yang besar untuk menyelesaikannya. SPP boleh selesaikan semua masalah polis,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini pada Ahad.

Sebelum itu, Takiyuddin menyampaikan taklimat kepada ketua-ketua agensi kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan melalui Program Malaysia Prihatin sesi bersama Pegawai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Dewan Utama, Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Hadir sama menyampaikan ucapan dan taklimat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Katanya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] 'Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya'

Abdul Hamid perlu lapor dakwaan wujud gerakan dalaman polis kepada SPP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!